Tuesday, December 16, 2008

BERIBU BAPAKAN KHINZIR

Nabi Musa a.s adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah, inilah kelebihan yang tiada pada nabi-nabi yang lain. Nabi Musa a.s pernah bertanya pada Allah siapakah temannya bila berada di syurga kelak. Allah pun memberitahu nama dan tempatnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa a.s pun turun dari Bukit Turnisa lalu menuju ke tempat yang dikhabarkan.

Apabila bertemu dengan orang tersebut dan dipersilakn duduk, tuan rumah ini terus masuk ke biliknya. Sebentar kemudian ia keluar sambil mendukung seekor kninzir betina dengan cermatnya. Nabi Musa a.s melihat dengan penuh kehairanan. Khinzir itu dimandikan dan dilapkan dengan penuh kasih sayang. Selepas itu dikeluarkan pula seekor khinzir jantan. Selesai sahaja kerjanya barulah ia melayan Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s pun bertanya, “Apakah agamamu wahai anak muda, kenapa kamu membela khinzir?” Jawab pemuda itu, “ Wahai nabi Allah! Kedua khinzir tadi adalah ibu bapa kandungku, oleh kerana mereka telah melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka yang asal. Dosa mereka dengan Allah itu adalah hal lain, tetapi aku sebagai anaknya tetap akan melaksanakan tugasku. Setiap hari aku berdoa mereka semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan dikembalikan rupa mereka yang asal, tetapi Allah msih belum mengabulkannya.”

Pada waktu Allah menurunkan wahyunya kepada Nabi Musa a.s “ Wahai Musa! Inilah orang yang akan berjiran denganmu di syurga kelak, hasil baktinya yang sangat tinggi terhadap kedua ibu bapanya walaupun kedua-duanya telah bertukar menjadi Khinzir, namun ia tetap mencurahkan kasih sayangnya terhadap mereka. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi kami.”


No comments: