Tuesday, December 16, 2008

HATIKU


Disaat ini,

Aku sendiri lagi,

Bersama deru semalam.

Utusan demi utusan,

Yang mendampar di pinggir hati

Menyampaikan seribu bahsa

Tersembunyi,

Tatkala kesiangan

Menggamit seribu memori luka

Hati...

Tanpa bicara,

Meronta penuh makna,

Meluapkan lagi rasa curiga dan kecewa

Di saat kesepian mencengkam jiwa

Terasa rapuhnya dahan berteduh

Di sini...

Aku masih lagi terpaku

Merenung nasib diri di celah duri berbisa

Namun mampukah aku tabah

Menghadapi suratan takdir

Yang tersirat untukku...


BERIBU BAPAKAN KHINZIR

Nabi Musa a.s adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah, inilah kelebihan yang tiada pada nabi-nabi yang lain. Nabi Musa a.s pernah bertanya pada Allah siapakah temannya bila berada di syurga kelak. Allah pun memberitahu nama dan tempatnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa a.s pun turun dari Bukit Turnisa lalu menuju ke tempat yang dikhabarkan.

Apabila bertemu dengan orang tersebut dan dipersilakn duduk, tuan rumah ini terus masuk ke biliknya. Sebentar kemudian ia keluar sambil mendukung seekor kninzir betina dengan cermatnya. Nabi Musa a.s melihat dengan penuh kehairanan. Khinzir itu dimandikan dan dilapkan dengan penuh kasih sayang. Selepas itu dikeluarkan pula seekor khinzir jantan. Selesai sahaja kerjanya barulah ia melayan Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s pun bertanya, “Apakah agamamu wahai anak muda, kenapa kamu membela khinzir?” Jawab pemuda itu, “ Wahai nabi Allah! Kedua khinzir tadi adalah ibu bapa kandungku, oleh kerana mereka telah melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka yang asal. Dosa mereka dengan Allah itu adalah hal lain, tetapi aku sebagai anaknya tetap akan melaksanakan tugasku. Setiap hari aku berdoa mereka semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan dikembalikan rupa mereka yang asal, tetapi Allah msih belum mengabulkannya.”

Pada waktu Allah menurunkan wahyunya kepada Nabi Musa a.s “ Wahai Musa! Inilah orang yang akan berjiran denganmu di syurga kelak, hasil baktinya yang sangat tinggi terhadap kedua ibu bapanya walaupun kedua-duanya telah bertukar menjadi Khinzir, namun ia tetap mencurahkan kasih sayangnya terhadap mereka. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi kami.”


Saturday, December 6, 2008

RAHSIA DALAM SEMINGGU

DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama. Antaranya:
AhadAllah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.
Isnin Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.
SelasaPembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.
RabuUmat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.
KhamisNabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.
JumaatNabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis. Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.
SabtuNabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.

PILIHANKU...


Haruskah aku kembali
Mengharungi lembaran semalam
Sedang mentari esok tetap kan bersinar
Walaupun aku tetap setia di sini

Untuk apa dikenang sejarah lalu
Kerana mesti diingat kisah pedih itu
Haruskah hati ini setia menantinya di sini
Sedang cintanya berlalu pergi

Kerana terlalu cinta, terlalu kasih
Dan kerana terlalu sayang
Buat hati ini sering dalam kealpaan
Diri ini sering terlupa
Yang hakikatnya dia telah meninggalkanku

Aku insan yang terlalu naif
Terus mempercayai bahawa hatinya tetap milikku
Teus menyimpan harapan yang dia akan kembali
Dan terus merindui senyumannya

Terlupakah aku bahawa dia milik insan lain?
Hati ini cuba menafikan, hati ini cuba menipu
Tapi itulah hakikat yang perlu aku telan
Itulah kebenaran, itulah realitinya

Dia memilih insan lain sebagai teman hidupnya
Dia yang memilih untuk meninggalkan ku
Dia yang memilih untuk melupakan diriku
Dia yang memilih untuk mengecewakan hatiku
Inilah hakikat yang paling pahit untuk kutelan

Walau sepahit mana rasa ini
Namun aku harus akur
Kerana itulah pilihannya....

Friday, December 5, 2008

Pemuda Yang Berbakti Kepada Ibunya


Suatu ketika Nabi Sulaiman pernah memerintahkan jin Ifrit untuk menyelam ke dasar laut. Di sana jin Ifrit telah menenmui sebuah kubah yang ditatahi dengan permata putih. Kubah itu diangkat ke darat untuk ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah dibuka kubah itu didapatinya ada seorang pemuda tinggal di dalamnya. Kerana terlalu hairan, Nabi Sulaiman pun bertanya, “Siapakah engkau ini, dari bangsa jin atau manusia, bagaimana engkau memperoleh karomah seperti ini?.”
Pemuda ini menceritakan, “Dahulu aku ada seorang ibu yang sangat tua lagi lemah sehinggalah akulah yang menguruskan segala keperluan hariannya. Tangan ini telah mendukungnya, menyuap makanan ke mulutnya, membasuh pakaiannya, bahkan segala-galanya, sedangkan ibuku selalu mendoakan untukku. Antaranya doa yang sering diucapkan ialah, “ Ya Allah! Murahkanlah rezeki anakku, kurniakanlah dia kebahagian dan tempatkan dia di suatu tempat yang bukan di bumi atau di langit.”
Setelah ibunya meninggal dunia, dia berjalan di tepi pantai lalu bertemu kubah ini. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimana kamu makan?” Jawab pemuda, “Jika aku lapar, Allah akan menumbuhkan sebuah pohon di dalamnya begitu juga bila aku dahaga, maka akan mengalirlah air yang sngat bersih.”
Selesai menceritakan pemuda itu pun berdoa untuk kembali tinggal di dalam kubah itu. Demikianlah ganjaran bagi insan yang berjasa terhadap ibunya.

RENUNGAN BERSAMA...

HIDUP SEBELUM MATI

‘RUMAH’ kata pergi, kubur kata mari’. Itulah ungkapan yang biasa dilafazkan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan usia seseorang yang semakin lanjut usia.
Barangkali definisi umur tua itu dianggap subjektif kepada sesetengah golongan.
Ini kerana pada sebilangan kecil kaum Muslimin, walaupun usia semakin bertambah banyak, dengan fizikal yang sihat dan kuat, pertambahan umur setiap tahun tidak begitu dirasakan.
Namun, kepada mereka yang bekerja ‘makan gaji’, mahu tidaka mahu hakikat tua terpaksa ditelan, kerana tarikh persaraan mesti dibilang saban tahun.
Apatah lagi sesudah sebahagian ‘simpanan hari tua’ KWSP diterima sebaik sahaja hari lahir yang ke-50 tahun.
Rupa-rupanya, penentuan tarikh persaraan ini banyak hikmahnya kepada kita sebagai umat Muhammad s.a.w.
Sekurang-kurangnya bagi kta yang masih terleka dibuai kenikmatan duniawi, ia bagaikan peringatan bahawa masih ada lagi kehidupan selepas ini.
Pesan Nabi Muhammad s.a.w “ Allah telah menerima uzur atau alasan seseorang yang melambatkan ajalnya sehinggalah ia mencapai umur 60 tahun.” (Riwayat Bukhari).
Imam As- Sayuti juga pernah mengingatkan, “ Apabila kamu berumur 60 tahun, sediakanlah kain kapanmu.”
Sudah pasti kita semua ingin termasuk dalam golongan orang-orang terbaik seperti disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :
“ Orang yang terbaik adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan orang yang terburuk adalah orang yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.”
Akhirnya marilah kita renungkan bersama pesan junjungan kita Muhammad s.a.w yang dinyanyikan oleh kumpulan Nasyid Raihan:
“ Ingat lima perkara sebelum lima perkara : muda selum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati.”