Sunday, November 16, 2008

KEGANASAN ISRAEL TIADA PENGHUJUNGNYA

ISRAEL pada mulanya adalah gelaran Nabi Yaakob alaihissalam, dan bani Israel itu pula adalah kata-kata yang dipakaikan kepada keturunan Nabi Yaakob yang kemudiannya terkenal dengan bangsa Yahudi berbahasa Ibrani.
Di dalam al-Quran, Allah berulang kali menyebut mengenai perihal kaum bani Israel kerana merekalah kaum yang beragama tetapi merekalah golongan yang mula-mula menentang Islam di Madinah.
Ini kerana mereka menafikan kebenaran rasul Allah, padahal mereka mengetahui bahawa Nabi Muhammad itu benar-benar rasul terakhir.
Firman Allah, “ Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula sedangkan kamu mengetahuinya.”
Sejarah keangguhan Israel membawa mereka menjadi liar dan gamas adalah berasaskan ajaran kitab talmud, iaitu sebuah kitab pengajian agama dan peradaban Israel yang dibuat dan direka ciptanya sendiri.
Berdasarkan kepada prinsip dan falsafah di dalam kitab tersebut, membunuh orang Islam akan mendapat pahala, menyebabkan mereka menjadi ganas, mereka membunuh, merampas dan menceroboh.
Keganasan Israel pada zaman kebelakangan ini jelas tertonjol dengan tindakan mereka menghalau orang-orang Palestin dari bumi tumpah darah mereka semenjak 14 Mei 1948 hinggalah ke hari ini.
Mereka memburu umat Palestin seperti mereka memburu binatang. Rumah-rumah perkampungan dan khemah-khemah pelarian Palestin dimusnahkan dengan ganas yang mengorbankan puluhan ribu jiwa yang tidak berdosa.
Mereka menawan Baitulmuqaddis, Masjidil Aqsa dibakar, mereka melanggar puluhan jenis perjanjian yang dipersetujui oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kutukan dan kecaman daripada rakyat Palestin dan umat Islam di seleruh dunia tidak diendahkan. Tetapi yang jelas kepada kita sekarang keganasan mereka tidak kunjung reda bahkan terus meningkat dari hari ke hari, seolah-olah segala tindakan itu tidak meninggalkan sebarang kesan.
Apa yang perlu umat Islam perhatikan sekarang ialah apakah cukup dengan kutukan dan kecaman dalam ucapan dan di muka kertas semata-mata?
Dunia Arab dan dunia Islam seharusnya sekata dan bersependirian dalam hal ini, dan perlu bertindak dengan lebih berani dan tegas.
Ini kerana bangsa Israel ini tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk perjanjian dan diplomasi.
Firman Allah “ Orang Yahudi tidak akan tunduk kepada kamu begitu juga orang Kristian, sehinggalah kamu mengikut agama mereka.”
Kita berdoa semoga perjuangan generasi muda Palestin dan seluruh umat Islam tidak luntur ditelan zaman. Semoga Allah merestui perjuangan suci mereka daripada keganasan Israel ini.

No comments: