Tuesday, November 18, 2008

GANJARAN SEDEKAH

Rasulullah s.a.w telah bersabda katanya “ Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan empat jenis pembalasan iaitu:

i.Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda.
ii.Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda.
iii.Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda.
iv.Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda.

Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.

Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau yang berjihad kepada jalan Allah.


Allah s.w.t berfirman dalam surah Al Baqarah “ Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti menanam sebutir biji dan biji itu menerbitkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu pula membuahkan seratus biji buah. Allah itu Maha Luas lagi Maha mengetahui.

1 comment:

jojo87 said...

ganjaran sedekah memang tidak terbanding...

tapi, adakah ganjaran tu akan kita perolehi jika sedekah atau amalan tersebut dilakukan dengan tidak ikhlas?????