Friday, January 9, 2009

ASAL USUL SOLAT

Subuh

Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah nabi Adam a.s iaitu ketika ia keluar dari syurga lalu di hantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihat Nabi Adam a.s ialah kegelapan dan ia berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam pun sembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur ia kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua : Bersyukur ia kerana siang telah menjelma.


Zohor

Orang yang pertama solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s ketika Allah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga : Bersyukur dan memohon keredhaan Allah.

Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibasy.


ASAR

Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yusuf a.s ketika ia dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang itu telah waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersolat empat rakaat kerana ia telah diselamatkan Allah dari empat kegelapan iaitu :

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga : Kelam dengan malam.

Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB

Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s ketika ia dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa lalu bersolat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan itu, iaitu :

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Maryam yang dituduh telah melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahwa tuhan itu hanya stu iaitu Allah jua tiada dua atau tiga.

INSYAK

Orang yang pertama mengerjakan solat Insyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Insyak yang akhir. Lalu solatlah Nabi Musa a.s empat rakaat tanda kesyukuran. Empat dukacitanya itu ialah:

Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudarnya Nabi Harun.

Rakaat ketiga : Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak Firaun.